hari ini adalah suatu hari yang boleh dikatakan agak malang bagi diri ku. pukul 7.30 a.m, satu sms telah diterima dari rakan sekelas. sms 2 tidak begitu panjang dan tidak begitu pendek tetapi dalam bahasa inggeris. bila diterjemah dan disingkatkan seperti rumusan spm, sms tersebut berbunyi begini. kelas BEL 260 jam 8.30 a.m cancel. diri ku sungguh gembira tetapi hanya untuk 12345 saat sahaja. ini semua gara-gara abang ku yang berjanji akan datang ke asrama tempat ku menginap jam 8.00 a.m untuk menghantar moto dan menghantarnya ke pejabat. diri ini menunggu dengan setia dibawah tempat parking bas di asrama dan jam 8.40 a.m barulah kedengaran bunyi motor ku bersiul. dalam 200 meter dari asrama dan perjalanan menghantar abang ku ini, hujan mula turun dengan agak perlahan sehingga pedih badan ku ini. separuh baju ku sudah basah. ak pon mengambil jalan mudah dan berpatah semula ke asrama. bila sampai, dengan sepantas semut ak berlari masuk ke bilik dan memakai sweater dan teruskan perjalanan. yang begitu menyenangkan hati ku ini bila hujan yang basahkan baju ku sebentar tadi mula surut. 'ku sangkakan hujan sampai ke petang, rupanya mendung di pertengahan jalan..'.sesudah menghantar abang ku itu, ak kembali semula ke asrama kerana jam 10.30 ak dikehendaki melaporkan diri di kolej untuk sesi senam erobik. apabila sampai, ak mahu turun ke bilik melalui jalan tanah yang menggelunsur ke bawah sebanyak 40 darjah celcius. entah kenapa ak tidak mahu melalui jalan yang bertangga pada masa itu. baru 2 langkah, ak terus menggelunsur ke bawah. selamat tangan ku sempat menahan daripada tergolek masuk ke longkang seperti helmet ku yang terlepas dari genggaman erat ku. selamat rumput basah dan tangan ku hanya mengalami luka kecil. luka ku ini berada di tangan yang bagi ku penting iaitu tangan kiri. luka ini telah menyebabkan diri ku menjalani latihan dengan tidak selesa. rasa pedih mula menyelubungi tangan ku ini apabila ak menyarungkan glove. bila bebanan sebenar diletakkan di atas tangan kiri ku ini, air liur ku seperti hendak menitis menahan kepedihan. walaupon luka itu kecil sahaja, tetapi kedalaman luka sedikit kritikal. pengajarannya, jangan cederakan diri anda dengan perbuatan kecil yang membahayakan. ingat lah orang yang tersayang.
Eid mubarak 2020
4 years ago