pertama skalli saya nak mintak maaf kepada pensyarah outdoor and recreation saya, encik mustakim sebab lambat untuk update blog ni.. saya ada tournament kat subang dan xde masa yang sesuai untuk tulis blog.. tapi yang best skali ialah saya jumpa fasi kem kat subang.. she is selangor shooter.. im glad to meet her..
this story begin here..( skeping la plak). pada 29 januari 2010 bersamaan hari jumaat, group sr113 semester 2 (kecuali nest) perlu berkumpul sebelum jam 9 kerana akan bertolak ke jengka bagi mengikuti first camp di hutan simpan UiTM jengka.. group ni sudah berkumpul sebelum jam 9 tetapi telah berpecah untuk sarapan.. akhirnya, 9.15 baru lah semua berkumpul.. dengan rasa gembira dan ringan tangan, kami semua melakukan warming up (pumping) kat depan lobby sebab lambat.. letih seyh..

aktiviti pertama untuk first camp
lepas semua selesai, kami seramai 23 orang peserta, 2 orang pensyarah dan 2 orang senior selaku fasi untuk camp ini bertolak menaiki bas yang mempunyai jenama tersendiri iaitu SHAHPUTRA.. masa perjalanan untuk sampai ke destinasi tidak dapat dihitung kerana sibuk melayan perasaan mengantuk.. apabila sampai, kami bersiap2 ke masjid untuk menunaikan solat jumaat.. after that, we all kumpul ngan UiTM shah alam dan berjalan ke kawasan camp.. kawasan itu tidak begitu jauh dan tidak begitu dekat.. tetapi bentuk muka bumi telah memberi cabaran kepada kami..

walk until the end... penat gak time nie..
apbila sampai, kami diminta berkumpul di tempat lapang... dengan satu arahan yang ringkas lagi mudah, kami semua melakukan starjump kerana beberapa orang rakan kami tidak memenuhi syarat semasa berada di dalam hutan ataupon perkara asas seperti wisel dan topi.. daripada penat mula bertukar menjadi letih.. kemudian kami diminta menyiapkan kawasan camp seperti khemah pusat, khemah dapur dan khemah penempatan.. pada jam 5, kami diberi makan.. kami makan dengan pantas kerana masa yang diperuntukkan begitu singkat.. ada diantara kami makan seperti orang kebulur kerana kelaparan.. akhirnya, semua kerja-kerja tersebut selesai juga walaupon binggung kenapa peserta dari UiTM jengka kena berendam dalam air...

letih dan kelaparan...
pada waktu malam... selepas solat isyak dan bacaan Yassin, kami semua berkumpul semula untuk sesi ice beaking... kami dibahagikan kepada 12 kumpulan dan kena denda bab lambat... apabila semua selesai, kami terpaksa berendam dalam air yang sejuk + berbau + berlumpur = xsedap untuk diminum.. kemudian, tak dapat tido bab turn tuk berkawal nak dekat...

sejuk giler.. mesti dea yang terkucil... hahaha
next day... pas breakfast, setiap group diberi aktiviti masing-masing... aktiviti yang kami jalankan ialah orientaring, jungle traking dan camp craft.. kami belajar cara untuk menggunakan kompas ketika aktiviti orientaring.. aktiviti jungle traking pula kami berjalan didalam hutan dan belajar cara untuk menghidupkan unggun api.. camp craft, group saya bersama beberapa group yang lain telah ditugaskan mengemaskini khemah pusat.. kami diminta membuat longkang di sekitar khemah pusat itu sehingga ke kawasan air tempat kami berendam.. saya nak mintak maaf kepada semua yang terlibat kerana sanggup berendam bab salah yang saya sendiri lakukan... "hahaha... padan muke korang.. sape suruh tak ingat kan ak...".. klau kteorang yang wat salah tak cakap, lagi lame la korang dok dalam air tu...

best tak dapat mandi..hahaha
apabila malam menjelma dan makan malam sudah dihabiskan.. kami semua belajar knotting bersama fasi-fasi.. tamat sesi tersebut, aktiviti yang paling membosankan dan menyeronokkan dan menguji mental telah dijalankan iaitu night walk... kami semua dibawa masuk ke dalam hutan dan dibiar kan sehingga panggil.. kami akan berjalan pulang ke camp site dalam gelap tanpa bantuan cahaya lampu.. yang membosankan adalah kerana terpaksa menunggu lama... yang menyeronokkan adalah dapat tido bab malam sebelum itu tak dapat tido... mental pula teruji masa berjalan pulang ke camp site... ade yang bunyi pelik-pelik... tp, still steady walaupun ade gak perasaan takot bab da set dalam kepala nak tido dan jangan layan bende yang tak berkenaan... sampai jea kat camp site, terus terlentang...hahaha.
last day adalah hari yang paling xdapat di lupkan... dengan mata yang tertutup, kami dipaksa berjalan, berenang, meniarap dan baring di dalam lumpur... perh.. wangi giler bau badan pas berendam dalam lumpur... then, kami semua berkumpul semula dalam keadaan mata yang masih tertutup.. yang paling best skali time kena dende bab gelakkan member yang kena denda jadi sniper.. last-last, saya kena denda sama seperti member saya... beza cume dalam keadaan melutut... selamat la da biasa buat...hahaha.

mandi lumpur secara percuma...
nampaknya, smpai sini sahaja coretan untuk first camp.. kita berjumpa lagi di final camp.. kepada yang terasa, minta maaf klau dea silap langkah, terlanjur perkataan dan bahasa... im sowey... assalamualaikum n salam muhibah..